Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Sunday, June 15, 2014

Seawal jam 7.00 pagi para peserta bertolak dari rumah masing-masing ketempat yang dijanjikan. Semua peserta yang berasal dari Pasir Mas, Rantau panjang, Pasir Puteh berkumpul di bandar Machang bagi penyelarasan konvoi. Jam 9.00 pagi bertolak dari Machang ke Gua Musang.
Setelah mencari sedikit barangan dan keperluan di Pasar Besar Gua Musang, kami memulakan perjalan ke lokasi perkhemahan melalui Kg Pulai Gua Musang. Bermula dengan jalan tar dari bandar kami sampai ke kg Pulai, disitu bermula jalan offroad yang berbatu bata, Lebih dikenali dengan jalan balak batu sungai sehingga merentasi kawasan lombong Pulai Mining.
Bergambar selepas memasuki kawasan perlombongan emas
Matahari telah tergelincir ke barat kami telah selamat sampai ke tapak perkhemahan pertama iaitu di hulu Sungai Galas daerah Gua Musang. Semua peserta bergotong royong membersihkan kawasan setelah mendengar arahan dari ketua ekspedisi.
Geng pencari ikan memulakan operasi bagi mendapatkan bekalan mentah lauk pauk makanan tengahari. Semua pukat dan jala digunakan bagi menampung keperluan kami seramai 15 orang.
 Apabila kepenatan & keletihan semua makanan dirasakan sedap dan enak sekali. Tambahan pula dalam ketenangan air sungai yang mengalir beserta dengan kehijaun hutan yang mendamaikan mata yang memandang.
 Bacaan Yassin sebelah malam sempena Nisfu syaaban di malam Jumaat yang penuh keberkatan. Selepas itu aktiviti bbq bagi menghilangkan kepenatan sepanjang hari.
Setelah berhenti rehat semalaman, keesokkan hari kami meneruskan perjalanan ke Gua Gajah yang terletak di negeri Pahang. Perjalanan agak berliku dan mencabar perasaan para peserta.
Palang besi merah & signboard Pulai Mining menunjukkan sempadan antara Kelantan dan Pahang melalui jalan offroad.
Sudah sampai Ke lokasi Gua Gajah yang terletak di Negeri Pahang. Terdapat gua dengan timbunan tahi gajah yang begitu banyak. Ini menunjukkan gajah2 selalu datang ke kawasan ini. Tahi gajah yang masih baru juga di jumpai masih panas-panas. haha.
Kawasan dalam Gua Gajah agak lapang,Saiz gua yang agak lebar dan tinggi, patutlah ianya selalu dikunjungi oleh gajah-gajah di kawasan tersebut.  Lantai gua dipenuhi dengan lapisan tahi gajah ibarat karpet yang menutupi bumi.
Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam untuk meneroka Gua Gajah yang mempunyai keunikkannya tersendiri.
Selepas itu kami bertolak balik dan singgah sebentar di kawasan anak sungai untuk makan tengahari. Lebih kurang jam 3 petang kami selamat sampai ke bandar Gua Musang. Peserta ekspedisi berkumpul semula di Bandar Gua Musang bersama sahabat handai serta kenalan di sana.
Jam menghampiri pukul 12 malam, konvoi kami selamat sampai ke rumah masing-masing. Jumpa lagi di lain aktiviti yang lebih menarik selepas ini.

Sekiannnnnnnnnnnnn.

0 Comments:

Post a Comment