
Sebelum raya hari tu dapat mesej dari CS Telekom Malaysia supaya
pergi ke TM Kota Bharu untuk mengambil dua telefon CDMA percuma.
Katanya telefon percuma diberi kerana saya merupakan seorang pelanggan
TM. Memang betulah kerana aku ada menggunakan telefon rumah CDMA dan
streamyx CDMA EVDO. Telefon ini menggunakan prefix 011-18XXXXXX.
Frekuensi yang digunakan ialah 450/800MHz CDMA bukannya GSM seperti
provider lain.

Menurutnya, sewa adalah percuma, panggilan diantara
kedua-dua telefon tersebut tidak dikenakan sebarang bayaran. Begitu juga
dengan panggilan ke semua talian TM (rumah/pejabat) juga adalah
percuma. Ke lain-lain provider hanya dikenakan caj 10 sen seminit.
Cuma satu saranan saya pada TM supaya meluaskan lagi coverage ke luar
bandar secara menyeluruh. Kebetulan raya ari tu saya ada pergi ke Kuala
Nerang Kedah. Liputan sepanjang lebuhraya timur barat dari Jeli hingga
ke Grik adalah full bar. Memang best, cuma dikawasan luar bandar agak
sukar untuk mendapatkan signal sebab pemancarnya hanya terletak di
bandar sahaja.
Sekiranya TM menggunakan sepenuhnya frekuensi 450MHz yang diperuntukkan
oleh SKMM, jangkauannya mungkin setanding ATUR 450 zaman 1985-90an
dulu. Sebab saya sendiri pernah menggunakan perkhidmatan ATUR (Automatic
Telephone Using Radio Service )dengan nombornya 011-979XXX semasa
berkhidmat di pedalaman sarawak, memang coveragenya agak luas walaupun
agak bising kerana sistem analognya. Bukan macam sekarang semuanya
digital, Tambahan pula CDMA suaranya lebih jernih berbanding dengan GSM.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Orang biasa macam saya ni layak tak mendaftar pakej TM ni?
from 9w2ppq (ref at QRZ.com)
dari 9W2VOF