Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Thursday, October 18, 2012

My Rig.....

Motorola GM-300 + Motorola GP-2000 + Yaesu FT-897 + Icom IC-8R + Teleconcepts 25A PSU....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, September 27, 2012

Portable BTS Celcom

 
Digunakan pada musim perayaan bagi mengurangan kesesakkan talian kot.........

Saturday, August 25, 2012

Sebelum raya hari tu dapat mesej dari CS Telekom Malaysia supaya pergi ke TM Kota Bharu untuk mengambil dua telefon CDMA percuma.  Katanya telefon percuma diberi kerana saya merupakan seorang pelanggan TM. Memang betulah kerana aku ada menggunakan telefon rumah CDMA dan streamyx CDMA EVDO. Telefon ini menggunakan prefix 011-18XXXXXX. Frekuensi yang digunakan ialah 450/800MHz CDMA bukannya GSM seperti provider lain. 

Menurutnya, sewa adalah percuma, panggilan diantara kedua-dua telefon tersebut tidak dikenakan sebarang bayaran. Begitu juga dengan panggilan ke semua talian TM (rumah/pejabat) juga adalah percuma. Ke lain-lain provider hanya dikenakan caj 10 sen seminit. Cuma satu saranan saya pada TM supaya meluaskan lagi coverage ke luar bandar secara menyeluruh. Kebetulan raya ari tu saya ada pergi ke Kuala Nerang Kedah. Liputan sepanjang lebuhraya timur barat dari Jeli hingga ke Grik adalah full bar. Memang best, cuma dikawasan  luar bandar agak sukar untuk mendapatkan signal sebab pemancarnya hanya terletak di bandar sahaja.  

Sekiranya TM menggunakan sepenuhnya frekuensi 450MHz yang diperuntukkan oleh SKMM,  jangkauannya mungkin setanding ATUR 450 zaman 1985-90an dulu. Sebab saya sendiri pernah menggunakan perkhidmatan ATUR (Automatic Telephone Using Radio Service )dengan nombornya 011-979XXX semasa berkhidmat di pedalaman sarawak, memang coveragenya agak luas walaupun agak bising kerana sistem analognya. Bukan macam sekarang semuanya digital, Tambahan pula CDMA suaranya lebih jernih berbanding dengan GSM.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 17, 2012

4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
 

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
 

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.....

Saturday, May 19, 2012

Hamfest 2012

..........banyak yang dipamerkan....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 08, 2012

Kenwood TH-234

Handy pertama yg digunakan semenjak 2006 masih boleh digunakan sehingga sekarang...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, February 04, 2012

Solar Panel 5 Watt

........ buat charge vx170 handy

Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 31, 2011


Kedengaran 9m2get, 9m2ndo, 9m2ody, 9m8sya & 9m2tg sedang rancak qso. Frekuensi yang selalu digunakan stesen dari Malaysia di 40m ialah 7.130mhz & 7.043mhz...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, November 23, 2011

Info Banjir Online

Memandangkan hujan telah turun selama beberapa hari dengan tidak berhenti-henti, kemungkinan banjir pada bila-bila masa. Pada semua rakan mungkin telah mendapat info secara on air melalui radio masing-masing. Rujuk lama JPS untuk mendapat info secara online setiap negeri di Malaysia http://infobanjir.water.gov.my/real_time.cfm. Semoga lebih berhati-hati, dan inilah masa untuk menjalankan kewajipan sebagai rakan ham dengan membantu masyarakat yang memerlukan. Apa yang penting keselamatan diri dan keluarga hendaklah diutamakan.

Monday, October 31, 2011

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari 'Luar' yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

kredit: ct nafisa (Salam Ukhuwah..~)

Sunday, October 02, 2011

Masih ramai peminat cb kat Malaysia ni. Kalau tengok dalam website CB Malaysia dari semasa ke semasa makin ramai yang daftar kelab ni. Radio Texas Ranger TR696M adalah set yang sesuai digunakan di negara ini sebab diluluskan oleh sirim. Jom kita layan cb lak. Untuk info lanjut boleh rujuk kelab yang diuruskan oleh 9M2DA di http://my27mhz.blogspot.com/.

Friday, August 12, 2011

Pada akhir Julai lepas saya ada menerima notis daripada SKMM yang menyatakan AA radio saya akan tamat tempoh 31 Julai 2011. Sekiranya saya masih berminat untuk menyambung AA tersebut bolehlah mengisi borang notis itu beserta bayaran yang dinyatakan dan kembalikan kepada pejabat SKMM. Jumlah bayaran ialah RM166.00 iaitu untuk yuran pemprosesan RM60 dan selebihnya bayaran lesen tahunan. Keesokan harinya kebetulan saya berkursus di Bahagian Teknologi Pendidikan Kota Bharu, semasa luang tengahari saya telah ke Pejabat Pos Pengkalan Chepa dan telah membeli wang pos dan terus menghantar notis tersebut. Surat tersebut dialamatkan ke pejabat SKMM Wilayah timur di Kuantan iaitu tempat yang sama semasa saya membuat AA radio pada tahun 2006 lalu selepas lulus RAE di Kuala Terengganu. Alhamdulillah pada hari ini 11 Ogos 2011 saya telah menerima AA baru saya melalui pos dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2015. Semakan maklumat dalam laman web SKMM juga telah pun menunjukkan data yang diperbaharui..... [Semakan Callsign]

Wednesday, August 03, 2011

TRACKER
YAESU HTYAESU Mobile RigICOM Mobile Rig
ICOM HT

Tuesday, May 24, 2011




Menghadiri kenduri saudara di Jerantut. Rupa-rupanya pengantin perempuan adalah adik kepada 9w2myh. Kelihatan beliau sibuk melayan tetamu yang hadir.

Thursday, April 14, 2011

APRS via Android Phone

APRS menggunakan android phone adalah lebih ringkas dan senang digunakan. Ianya tidak menggunakan sebarang rig mahupun handy. Ia juga tidak memerlukan digipeater mahupun igate untuk menghantar data ke server APRS. Hanya yang diperlukan ialah telefon yang menggunakan os android dan aplikasi GPS seperti Samsung Galaxy 5 , ipod dan sebagainya. Apa yang diperlukan ialah software APRSdroid yang boleh didownload melalui android market dalam iphone tersebut atau klik sini.
1. callsign - masukkan callsign anda
2. passcode - masukkan passcode yang diperolehi semasa mendaftar dgn ui-view. klik sini.
3. ssid - masukan ssid. contoh 9 untuk mobile. klik sini.
4. APRS symbol - simbol untuk dipaparkan. masukkan kod seperti dibawah (gambar 1) untuk mendapatkan symbol seperti dlm gambar 2 (ikut bilangan petak)5. Status message - masukkan mesej yang akan dipaparkan bersama symbol

Sambungan wifi atau gprs diperlukan untuk membolehkan APRSdroid berfungsi dengan sempurna. Adalah lebih baik jika menggunakan plan untuk iphone (seperti yg ditawarkan oleh maxis/celcom/digi) sebab gprs/3g dapat diaktifkan setiap masa tanpa caj tambahan. Selamat mencuba...73.

Tuesday, March 22, 2011

Telefon satelit Ericsson ACeS R190 dibeli pada tahun 2005. Tepon ni digunakan semasa berkhidmat di Gua Musang Kelantan. Oleh kerana selalu berulangalik ke Alor Setar melalui jalan Gua Musang - Simpang Pulai dan Grik Perak telefon ini dapat digunakan walau di mana berada. Tak kira di lautan mahupun di hutan khatulistiwa tetap dapat dihubungi selagi berada di kawasan Asia. Caj panggilan adalah RM2.00 seminit. Agak mahal. Apa yang menariknya ialah ia menggunakan sim kad yang saya masih gunakan sehingga sekarang. Nombor juga adalah sama iaitu bermula dengan kod 013-9339xxx. Sekiranya saya memasukkan simkad tersebut kedalam telepon R190 ini ia automatik akan aktif signal satelit ACeS( tiada sewa bulanan , pay per use je). namun jika saya masukkan simkad ini ke dalam tepon nokia yang saya guna sekarang ia akan automatik detect line celcom dan cajnya rendah seperti lain2 talian celcom. Itulah kelebihan celcom, satu kad dua fungsi hehe. Walaupun jarang guna tepon R190 ini saya selalu bawa jika hendak berjalan jauh, masuk hutan dan sebagainya.........
Liputan ACeS / satelit Garuda 1

Thursday, February 03, 2011

Cuti tahun baru ni ramai rakan-rakan yang mobile. Ada yang balik kampung dan ada yang jalan2 makan angin. Sedikit info untuk semua yang menggunakan lebuhraya Timur barat. Bagi pengguna Celcom mmg x de masalah sb menara Celcom berada di sepanjang lebuhraya. Cuma bagi Maxis dan Digi mereka perlu ubah sedikit setting telefon. Caranya ubah setting network telefon kepada manual, kemudian pilih celcom dan ubah kembali setting kepada automatik. Apabila anda melepasi Lebuhraya Grik dan telefon anda akan kembali coverage maxis @ Digi. Kawasan sepanjang lebuhraya adalah domestik roaming dan semua telefon dapat digunakan di sepanjang lebuh raya tersebut. Ini penting terutama pengguna talian maxis @ Digi sekiranya berlaku kecemasan. Bagi stesen radio amatur anda boleh cuba memancar ke Linking Astra di Pandangan Indah frekuensi 145.075 +600 tone 103.5. Repeater ini merupakan linking Pantai Timur ke Repeater Gunung Jerai untuk transnasional Astra.

Thursday, October 14, 2010

Digipeater EzTNC V1.2F

Digipeater 9w2xxp-3 beroperasi menggunakan EzTNC & Kenwood TM-271. Digipeater membantu memberi liputan kepada rakan-rakan yang mobile menggunakan aprs tracker di kawasan sekitarnya. Digipeater menerima paket data dari tracker dan menghantarnya kepada igate (internet gateway) seterusnya ke server aprs. Paket data mengandungi callsign, lokasi dan kelajuan stesen yang sedang bergerak (rujuk gambar).Igate adalah sebuah radio yang disambung pada komputer yang mempunyai sambungan internet. Dengan ini, Lokasi stesen yang mobile akan dapat dipantau oleh rakan-rakan seluruh dunia melalui Google Maps APRS. Tujuan APRS untuk memantau pergerakan harian, konvoi, aktiviti search&rescue di hutan, lautan, operasi banjir dan stesen cuaca (wx) di sesuatu lokasi.