Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Saturday, August 25, 2012

Sebelum raya hari tu dapat mesej dari CS Telekom Malaysia supaya pergi ke TM Kota Bharu untuk mengambil dua telefon CDMA percuma.  Katanya telefon percuma diberi kerana saya merupakan seorang pelanggan TM. Memang betulah kerana aku ada menggunakan telefon rumah CDMA dan streamyx CDMA EVDO. Telefon ini menggunakan prefix 011-18XXXXXX. Frekuensi yang digunakan ialah 450/800MHz CDMA bukannya GSM seperti provider lain. 

Menurutnya, sewa adalah percuma, panggilan diantara kedua-dua telefon tersebut tidak dikenakan sebarang bayaran. Begitu juga dengan panggilan ke semua talian TM (rumah/pejabat) juga adalah percuma. Ke lain-lain provider hanya dikenakan caj 10 sen seminit. Cuma satu saranan saya pada TM supaya meluaskan lagi coverage ke luar bandar secara menyeluruh. Kebetulan raya ari tu saya ada pergi ke Kuala Nerang Kedah. Liputan sepanjang lebuhraya timur barat dari Jeli hingga ke Grik adalah full bar. Memang best, cuma dikawasan  luar bandar agak sukar untuk mendapatkan signal sebab pemancarnya hanya terletak di bandar sahaja.  

Sekiranya TM menggunakan sepenuhnya frekuensi 450MHz yang diperuntukkan oleh SKMM,  jangkauannya mungkin setanding ATUR 450 zaman 1985-90an dulu. Sebab saya sendiri pernah menggunakan perkhidmatan ATUR (Automatic Telephone Using Radio Service )dengan nombornya 011-979XXX semasa berkhidmat di pedalaman sarawak, memang coveragenya agak luas walaupun agak bising kerana sistem analognya. Bukan macam sekarang semuanya digital, Tambahan pula CDMA suaranya lebih jernih berbanding dengan GSM.

Published with Blogger-droid v2.0.4

3 Comments:

  1. YusofWealth said...
    Ok juga. Dialu-alukan. Kesian sekarang rang luar bandar tak dapat sistem perhubungan sebagaiamana orang bandar. Orang tua saya sendiri pun mengeluh. Mujur ada pakej Celcom yang murah. Tak payah lagi guna telefon rumah TM. Wayar asyik kena curi aje.

    Orang biasa macam saya ni layak tak mendaftar pakej TM ni?

    from 9w2ppq (ref at QRZ.com)
    MAN 9W2XXP said...
    boleh tanya tm point, tak pun call 100 hehe....
    RuZaimi said...
    Masih pakai lagi ker talian cdma 011 ni 9W2XXP

    dari 9W2VOF

Post a Comment