Sign by Danasoft - Get Your Free Sign
Sunday, June 15, 2014
Xpdc Ulu Sg Galas G.Musang & Xplorasi Gua Gajah Pahang 12-13 Jun 2014
0 comments Posted by MAN 9M2MIR at 11:09 PMSetelah mencari sedikit barangan dan keperluan di Pasar Besar Gua Musang, kami memulakan perjalan ke lokasi perkhemahan melalui Kg Pulai Gua Musang. Bermula dengan jalan tar dari bandar kami sampai ke kg Pulai, disitu bermula jalan offroad yang berbatu bata, Lebih dikenali dengan jalan balak batu sungai sehingga merentasi kawasan lombong Pulai Mining.
Matahari telah tergelincir ke barat kami telah selamat sampai ke tapak perkhemahan pertama iaitu di hulu Sungai Galas daerah Gua Musang. Semua peserta bergotong royong membersihkan kawasan setelah mendengar arahan dari ketua ekspedisi.
Geng pencari ikan memulakan operasi bagi mendapatkan bekalan mentah lauk pauk makanan tengahari. Semua pukat dan jala digunakan bagi menampung keperluan kami seramai 15 orang.
Bacaan Yassin sebelah malam sempena Nisfu syaaban di malam Jumaat yang penuh keberkatan. Selepas itu aktiviti bbq bagi menghilangkan kepenatan sepanjang hari.
Setelah berhenti rehat semalaman, keesokkan hari kami meneruskan perjalanan ke Gua Gajah yang terletak di negeri Pahang. Perjalanan agak berliku dan mencabar perasaan para peserta.
Palang besi merah & signboard Pulai Mining menunjukkan sempadan antara Kelantan dan Pahang melalui jalan offroad.
Sudah sampai Ke lokasi Gua Gajah yang terletak di Negeri Pahang. Terdapat gua dengan timbunan tahi gajah yang begitu banyak. Ini menunjukkan gajah2 selalu datang ke kawasan ini. Tahi gajah yang masih baru juga di jumpai masih panas-panas. haha.
Kawasan dalam Gua Gajah agak lapang,Saiz gua yang agak lebar dan tinggi, patutlah ianya selalu dikunjungi oleh gajah-gajah di kawasan tersebut. Lantai gua dipenuhi dengan lapisan tahi gajah ibarat karpet yang menutupi bumi.
Selepas itu kami bertolak balik dan singgah sebentar di kawasan anak sungai untuk makan tengahari. Lebih kurang jam 3 petang kami selamat sampai ke bandar Gua Musang. Peserta ekspedisi berkumpul semula di Bandar Gua Musang bersama sahabat handai serta kenalan di sana.
Thursday, May 08, 2014
Aktiviti Hari Minggu ke rumah rakan di SK Peralla Tanah Merah & Lata Kesam Gual Ipoh
0 comments Posted by MAN 9M2MIR at 6:24 AMFriday, April 11, 2014
#info kemasyarakatan#
Masjid Mukim Banggol Setol 17000 Pasir Mas Kelantan dalam pembinaan & pengubahsuaian bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah. Sumbangan ikhlas dari anda amat diperlukan bagi menyiapkan masjid tersebut. Sebarang sumbangan boleh terus ke akaun Tabung Pembinaan Masjid mukim Banggol Setol 03027010046871 (BIMB) atau 0355041000016106 (BSN).
sama-samalah kita menabung untuk akhirat
Sekian terima kasih
Friday, December 20, 2013
................. meneroka panorama sekitar Tasek Pedu Kedah. Info sila ke www.tasikpedu.com.my
Published with Blogger-droid v2.0.4
Wednesday, December 11, 2013
Thursday, October 24, 2013
Friday, August 30, 2013
Tuesday, May 21, 2013
Sunday, February 17, 2013
Saturday, January 26, 2013
GP200 VHF frekuensi 136-174MHz, Manakala GP2100 UHF frekuensi 435-480MHz digunakan untuk crossband samada VHF ke UHF atau UHF ke VHF. Handy GP2100 meliputi frekuensi 477MHz dapat digunakan untuk Citizen Band. Kalau rajin monitor freq tersebut juga digunakan oleh Pak Guard, Pasaraya, Hotel dan walkie talkie FRS. Kedua-dua handy ini perlu diprogramkan menggunakan CPS Alpha Series Radio yang bersesuaian dan perlu menggunakan RIB untuk disambungkan dengan komputer.
Namun begitu model GP2000 boleh juga diprogramkan dengan keypad sedia ada dengan cara menukar User Mode kepada Dealer Mode.
Namun begitu model GP2000 boleh juga diprogramkan dengan keypad sedia ada dengan cara menukar User Mode kepada Dealer Mode.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Sunday, December 23, 2012
Nampaknya bajir sudah datang untuk tahun ini. Mcm biasa rumah saya tiada masalah cuma rumah orang tua saya akan mengalami bamjir, walaupun tidak perlu pindah.. Namun rezeki tetap ada... Tahan pukat dapat la seekor dua ikan segarrr...
Published with Blogger-droid v2.0.4
Tuesday, December 04, 2012
Thursday, October 18, 2012
Motorola GM-300 + Motorola GP-2000 + Yaesu FT-897 + Icom IC-8R + Teleconcepts 25A PSU....
Published with Blogger-droid v2.0.4
Thursday, September 27, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)




















































































