


Digipeater 9w2xxp-3 beroperasi menggunakan EzTNC & Kenwood TM-271. Digipeater membantu memberi liputan kepada rakan-rakan yang mobile menggunakan aprs tracker di kawasan sekitarnya. Digipeater menerima paket data dari tracker dan menghantarnya kepada igate (internet gateway) seterusnya ke server aprs. Paket data mengandungi callsign, lokasi dan kelajuan stesen yang sedang bergerak (rujuk gambar).Igate adalah sebuah radio yang disambung pada komputer yang mempunyai sambungan internet. Dengan ini, Lokasi stesen yang mobile akan dapat dipantau oleh rakan-rakan seluruh dunia melalui
Google Maps APRS. Tujuan APRS untuk memantau pergerakan harian, konvoi, aktiviti search&rescue di hutan, lautan, operasi banjir dan stesen cuaca (wx) di sesuatu lokasi.