Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Thursday, October 29, 2015

Semoga cepat siap bagi memudahkan perhubungan masyarakat di oedalaman. Saya pernah berjalan kaki dia atas jambatan ini pada tahun 1996. Masa tu baru tingkatan 6... Bertolak dari stesen keretapi pasi mas ke stesen kemubu dabong jajahan kuala krai. Selepas itu berjalan kaki ke kawasan perkampungan berdekatan dengan kilang kayu kpk kerajaan negeri. Bermalam semalam di rumah kawan.
Keesokkan hari meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki  ke gunung Stong. Pada masa tersebut musim kemarau apabila lori melintasi kita penuh habuk kuning berterbangan, jalan balak tanah liat. Muka macam asli hehe. Sampai ke kaki gunung Stong terus mandi di air terjun dan anak sungai. Pada mada tersebut tahun 1996 airnya sangat sejuk dan jernih nampak ke dasarnya... Gambar aku bersama tiga orang rakan sekelas dah pun dimakan anai-anai, rasanya hanya satu yang selamat, nanti aku upload. Hehe. Maklumlah hampir 20 tahun lalu.
Malam kedua kami bertiga bermalam di kebun durian kepunyaan ayah Li dabong, gelaran kami kepadanya. Ayahnya berasal dari kg. Bunut susu pasir mas. Merantau membuka tanah di sana. Keesokkan kami balik ke pasir mas menaiki keretapi dari stesen Kemubu....

Monday, October 26, 2015

Repeater VHF

Membuat repeater menggunakan radio tyt dengan kabel yang bersesuaian. Hebat kawan-kawan kita semua...

Sunday, October 11, 2015

Antara peralatan radio amatur atau disebut juga walkie talkie, boleh berhubung sesama sendiri tanpa menggunakan pengulang, atau bts. Sesuai digunakan dikawasan tiada liputan komunikasi lain. Jangkauannya bergantung kepada jenis frekuensi yang digunakan. Biasanya untuk jarak dekat frekuensi VHF digunakan. Manakala perhubungan jarak jauh, frekuensi HF biasa digunakan. Gelobang HF boleh mencapai jarak beratus kilometer malah boleh sampai beribu-ribu kilometer bergantung kepada propogasi dan pengaruh lapisan ionosfera bumi. Semua komunikasi menggunakan radio amatur adalah percuma, namun ia memerlukan lesen yg sah sepertimana yg dikeluarkan oleh suruhanjaya multimedia dan komunikasi malaysia.

Saturday, October 10, 2015

Tytera DMR repeater

Digital repeater...